mcmc
Galeri

Sejarah

Asal Usul Nama Pulau Serai

Kampung Pulau Serai terletak di Mukim Kuala Abang iaitu dalam Daerah Dungun. Di tengah-tengah daratan ini ada sebuah kampung diberi nama Pulau Serai. Ini kerana sebahagian daripada Kampung Pulau Serai dikelilingi oleh sungai. Daripada Sungai Pimpin boleh keluar melalui Tanjung Pagar dan terus ke Sungai Dungun. Keseluruhan sungai tersebut telah membentuk sebuah kampung yang diberi nama Pulau Serai. Nama Pulau Serai diambil kerana ‘Pulau’ itu melambangkan tempat yang dikelilingi oleh sungai dan nama ‘Serai’ itu melambangkan serumpum yang dikelilingi kampung-kampung sekitarnya.