mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

SUNGAI BANGANG (Hiking Dan Dive Place)

SUNGAI BANGANG

Sungai Bangang terletak di Hulu Dungun, Terengganu. Nama sebenar tempat menarik di Dungun ini ialah Sungai Bangan atau Sungai Balu. Sungai Bangang ini lokasinya tersorok atas ketinggian lebih kurang 800 meter dari paras laut menjadikan ia sukar ditemui.

Tak ramai orang ke sini menjadikan air di sini sangat jernih. Sungai Bangang biasanya di kunjungi para pendaki. Untuk ke sini, Puncak Chemerong, Gunung Berembun, Air Terjun Langsir iaitu tiga spot utama ini wajib dilalui. Permit juga diperlukan untuk pendakian.

Perjalanan sekurang-kurangnya sehari diperlukan dan bergantung kepada stamina masing-masing. Apabila sudah sampai ke sungai Bangang ini, anda pasti terpegun dengan kejernihan airnya. Memang sesuai untuk para pendaki terjun dan menyelam di dalam sungai ini. 

Sumber : 15 Tempat Menarik di Dungun Berkonsepkan Pantai, Taman Dan Bukit (ammboi.my)